Sunday, May 22, 2016

KONVO SHAFIQ NASRI DI UTM, SKUDAI












Alhamdulillah adik saya yang bongsu dah konvo. Rezeki dia murah dah dpt kerja kat Kulim few months before konvo. Sekarang bertugas sebagai maintenance engineer kat Infineon. Konvo kali ni saya masuk dengan mak dan Alhamdulillah mak ok sepanjang majlis. Risau jugak sebab dia tak berapa sihat.


Konvo UTM bagi saya ringkas dan padat dan yang paling best ialah bila dah selesai ada bubble2 yg muncul kat dewan ni meriah sungguh. So pada adik tahniah ....




RIZAL



Wednesday, May 18, 2016

Cyberview Resort , Cyberjaya (sempena OBW 2016)











Reunion Old Boys tahun ni kami buat keputusan untuk cari tempat tidoq yg ala2 resort sikit. OBW tahun lepas kami stay kat Everly yang sangat best sebab betul2 sebelah Alamanda so tahun ni nak tukar suasana.


Cyberview Resort ni memang best. I was here many years ago attending 2 days workshop (masa tu masih di ExxonMobil) tapi tak tidoq la. So terus decide ngan mem besar untuk stay kat sini. Kami booked the cheapest room yang not bad at all sebab it's bigger than average , tapi nasib sangat baik sebab depa bagi upgrade to a deluxe suite yang  RM 150 lagi mahal dari harga yg kami bayar.


Bilik tu sgt besar , so kami decide untuk ajak family my sister in law untuk join jugak ..kira bilik tu kami devide bahagi 2 la. Kolam yg best dengan pokok2 keliling memang suasana resort .


Terbaik


RIZAL



Saturday, May 14, 2016

LEPAK2 DGN BUDAK2 SRI KINTA





Kawan2 saya masa sekolah rendah kat sri kinta ipoh ni memang aktif dan memang selalu akan set untuk mengeteh bila ada kesempatan. Port rasmi ss 15 subang jaya dekat area kedai tepon murah tu.

Last ngeteh sebab nak preview baju old boys yg dah disiapkan oleh din org kuat geng kami ..memang cantik ..tq din.

Friday, May 13, 2016

SETIA SKY RESIDENCE JOHOR BAHARU










Sempena adik kecik saya nak konvo kat UTM hari tu , saya pun belanja la penginapan untuk the whole family , hasil pencarian kat internet dapat la satu kondo ni , rating booking.com 8.5 dengan kolam yang cantik 3 bilik dan air cond sana sini.


Memang best Sky Residence ni , kat area kempas dalam perumahan Setia Tropika. Dapat kumpul ramai2 satu family memang terbaik. Alhamdulillah Konvo adik dah selesai dan dah keje pun kat Kulim.


RIZAL

Thursday, May 12, 2016

MAJLIS TAHLIL RUMAH ZELDA










Zelda Raha Sulaiman member lama saya masa study kat UUM dulu2. Dah lama dia ajak pi rumah dia tapi belum ada kesempatan. Kebetulan few weeks back Zelda dan family adakan majlis tahlil dan kebetulan juga kami memang takde program so dapat la ke sana.


Saya ni memang tak gemar nak bawak kete through kota raya KL dan rumah Zelda kat area jalan semarak tapi Alhamdulillah dengan bantuan bro WAZE jumpa jugak rumah Zelda ni.


Arwah ayah Zelda pernah jadi Menteri Pendidikan suatu ketika dulu.


RIZAL

Monday, May 9, 2016

Makan2 rumah ARA @ DPuncak , Bukit Jelutong









ARA ni kawan saya masa kat SAS dan jugak UUM , pemain ragbi tegar sampai umur dah awal 40an pun masih main jugak (baru balik dari kejohanan veteran kat Perlis). So last weekend setelah lama planning kami budak Alam Shah batch 8690 buat la makan2 kat rumah baru dia yang ..subhanallah besar dan cantik. Tapi yg bestnye brader ni sgt relax dan rendah diri macam dari zaman saya kenal dgn dia ...dia dok repeat bukan rumah aku ..rumah bank yg punya ..


Patutnya dlm wassup grup dalam 30 org nak hadir tapi maklumla masing2 ad komitmen dalam 12 org je yg sampai. Kebetualan ayah dia Datuk Manaf Sulong pun ada  so dapat la jugak borak2 pasal politik ...hehehehe


Makan nasi dagang Terengganu sambil layan Singapore 7s kat TV sambil sembang2 mengimbau kenangan lama ..PRICELESS bak kata org jawa ...


RIZAL

MELAWAT MIMI DI HOSPITAL









Shuhaimi atau Mimi adalah rakan baik saya semenjak sekolah tadika lagi semasa kami sama2 membesar sebagai anak polis hutan di Ipoh berkurun yang lalu. Dapat tahu yang dia jatuh sakit dan masuk wad. Saya ambik time off dan terus ke hospital yang tak jauh dari ofis saya ni.


Alhamdulillah mimi makin pulih ..sakit ada kaitan dengan stress kerja. Kebetulan rakan beliau abang Rosli Mohalim pemain gitar lejenda kumpulan Sweet Charity pun ada ...terus ada sessi jamming dalam wad tu !!! Memang best.


RIZAL