Tuesday, January 31, 2017

CNY di SUNWAY PUTRA MALL







Zaman saya sekolah dulu THE mall ni satu shopping kompleks yg sgt best. Cuma jauh sikit banding dgn kotaraya dan pertama complex.

Sekarang pemilik mall ni adalah Sunway Group dan mmg best nampak dekorasi mall ni.  Kebetulan masa raya cina pulak tu.. Cantik sangat

CUTI2 FAMILY KE SERI PACIFIC HOTEL, KL








Bulan januari 2017 ni dpt bawak family ke hotel ni. Pernah stay sini 2 kali sebelum ni dan antara hotel 5 bintang yang murah di kl. Booking dgn booking. com dah lama gak so dpt harga yg sgt best.

Kebetulan cuti raya cina mmg ramai betul orang,  nak checkin beratur punya panjang..

Wednesday, January 25, 2017

JALAN2 NAIK MRT PERCUMA












Servis MRT percuma masa tu,  so saya dan anak2 dara saya pun plan jalan2 naik dari sg buloh ke semantan.. Patah balik singgah ikea dan lepas tu balik sg buloh.

Satu sistem yg best,  bersih dan lebih bagus dari yg sebelumnya. Lokasi stesen sgt strategik dan feeder bas simple dan bersih.

LAYAN CHAR KUEY TEOW KAT SAUJANA UTAMA






Ada weekend yang saya akan ajak family untuk sessi jjcm.  Kali ni kami terjah kedai ckt power bro Roslan Ismail di Saujana Utama.  Setup kedai memang best.  CKT yang mantap,  kebetulan saya mmg suka CKT.

rupanya kat sini ada karaoke dan yg best semua pandai nyanyila... Baru la syok makan. Dan malam tu Azlee senario pun ada dan mmg meriah,  Sedap dia nyanyi.

LAWAT ATOK KAT HOSPITAL



Atok masuk hospital sebab sesak nafas.  Selepas di refer pada unit kecemasan,  atok di transfer ke wad tingkat 8. Kami sempat pegi lawat Atok yg memang seronok dok kat hospital. Alhamdulillah atok dah ok dan dah balik rumah.

Thursday, January 12, 2017

DAH BLONDE PULAK RAMBUT BUDAK2 NI






Adoiiii,  balik keje je terkejut biawak tengok rambut wafi dgn abang dia yg dah jadi blonde.  Nasib baik tu pewarna rambut temporary,  basih rambut hilang blonde.

Agak kelakar bercampur seram.. Abg dia muka dah macam budak2 jahat kaki disko....

JALAN2 ALOR SETAR









Kami balik kulim hujung tahun 2016, adik saya ajak jalan2 aloq setaq.  Baguih jugak sebab dah lama tak gi sana.

Kat alor setar kami makan di nasi 7 kawah lepas tu ke pusat sains negara cawangan utara dan last sekali naik Menara KL.

Penat tapi best.

Wafi dah darjah satu








Rasa macam kejap je wafi dah sekolah. Mcm2 barang kami dah siapkan. Macam2 rasa bila dah dekat nak hari sekolah...seronok, suspen, sedih, sebak mcm2 la.

Ada la cam nangis sikit2 , biasalah anak manja tapi insya Allah ok.