Wednesday, January 20, 2016
ART STREET @ PULAU PINANG (Disember 2015)
Sampai jugak ke Art Street ni dan yang kami tak jangka kawasan overall agak luas (lebih dari yg kami jangka). Bagus kalau ada peta art street ni (percuma di banyak tempat awam kat penang ni).
Kami sempat ke kawasan di Armenia Street dan antara art yang paling femes basikal tua ada kat situ. Masa tu hari hujan so terpaksa buat dengan cepat dan org tak ramai ...
Memang trend dah sekarang ..kat Melaka pun ada even Shah Alam pun ada ..
Rizal
Monday, January 18, 2016
Muzium Kapal Selam (Klebang , Melaka)
Sampai gak ke sini. Walaupun agak panas tapi ok la sebab orang tak ramai. Dari Equatorial Hotel kami ikut waze dan less than half an hour dah sampai ..tak jauh pun ..cuma area ni macam area baru ...maybe kawasan tambak pasir
Tiket harga mampu milik ..dewasa rm 3 , budak2 rm 1 ...kami spend dekat 30 minit kat sini ..merasa la jugak suasana dalam kapal selam ..tobat haluih area dalaman kapal ni ...
Good experience ..
Rizal
Saturday, January 16, 2016
Hotel EQ Melaka (banyak siookk)
Sampai je ada greeting kat tv ...system tv mmg terbaik ..sebab semua citer dah siap install dlm server
Balkoni hotel mmg best ...
Hotel eq ni mmg betul2 sebelah pahlawan mall
Bilik 1017
Terbaikkkk ...5 star tapi dgn harga mampu milik ..
Thursday, January 14, 2016
KENANGAN MASA FORM 1 ...
Dari kecik sampai darjah 6 , saya ni sangat manja dengan mak saya ...senang kata anak mak la ...so bila nak masuk sekolah menengah ditakdirkan dapat offer untuk ke SEKOLAH ALAM SHAH kat kl.
Sepanjang kehidupan masa tu ..tak pernah gi KL , pernah lalu je jadi cam seram sejuk jugak ...sebab :
1) Dah la jauh kat KL
2) Kena jauh dengan mak
3) Sekolah tu sekolah lelaki semua
Tapi gagah jugak sebab kesian kat mak ngan abah ..saya nak jadi orang pandai dan nak kerja baik2 nanti. Alhamdulillah lepas 5 tahun kat SAS banyak yang saya dapat ...ilmu pengetahuan dan ilmu kehidupan ...
Memang momen masa form 1 adalah antara momen yang paling indah dalam kehidupan ni.
RIZAL
Wednesday, January 13, 2016
BALIK UUM ...
Masa balik Kulim bulan 12 yg lepas , kami tak plan pun nak ke Sintok ni ...tapi bila mak suruh hantar mak ngah saya balik Changlun kami pun ambik la peluang ...lama jugak tak balik UUM ni ...maklumla kat sini la kami (saya dan isteri) berjumpa ...
Banyak dah berubah ...lebih besar dengan bangunan yg lebih moden ..Dan saya masih lagi rasa antara semua universiti kat Malaysia ni UUM adalah universiti yang direkabentuk dengan perancangan yang terbaik ...
RIZAL
Monday, January 11, 2016
VINTAGE TOY MUSEUM KAT PUALU PINANG ( 2015)
Pernah nampak info pasal muzium ni kat TV. Kami takde la bercadang sebenarnya , tapi masa dok jalan2 kat ART STREET dan mencari tempat nak solat kami tersampai kat sini. Tempat ni betul2 sebelah Masjid Lebuh Acheh.
Kena bayar sikit nak masuk sini (rm 6 utk dewasa rm 3 utk kanak2). Memang best sebab tak pernah nampak koleksi yang sgt ol skool macam ni. Saya suka tengok citer American Pickers, Kings of Restorations dan Pawn Stars ...so memang kagum sebab selalu nampak toys yg macam ni kat Tv je
Owner koleksi tu Abg Bart pun sudi nak kongsi cerita koleksi dia pada kami ...ada tempat untuk budak2 main toys tu kat bawah ...tapi hanya few yang selected je la ..
Kami ke sini bulan 12 (2015) masa cuti sekolah yang lepas ...
RIZAL
Thursday, January 7, 2016
HOTEL PACIFIC EXPRESS KL (PREVIEW DULU)
Sebelah central market dan tak jauh dari dataran merdeka
Bilik paling murah boleh dapat dlm rm 90 tapi takde tingkap. Bilik kami yg macam ni
Kolam nampak macam best. Kat rooftop.
Dalam planning hotel kedua yg kami akan jejaki ialah Pacific Express tak jauh dari Central Market. Bulan Februari saya akan join dinner alumni sekolah saya (sekolah alam shah) di KL (buat kat Shangri La) ...
So ambik peluang bawak family jalan2 sambil menginap kat situ. Antara bajet hotel (RM 150 ke bawah) kat KL ni yang ada koam.
Dalam gambar nampak menarik ...kita tengok la macam mana.
RIZAL
Wednesday, January 6, 2016
HOTEL EQ MELAKA (2016)
Ni baru nak preview sebenarnye ...tahun 2016 insya allah kami akan mula jalan2 cari hotel di Melaka. Kami plan nak sambut hari jadi puan faiz kat sana.Hotel Equatorial ni antara few 5 stars hotel kat Melaka. Tahun 2015 trip kami ke Melaka kami port kat fennix inn je sempena konsep cuti2 bajet ...tapi sebab saya dah selalu guna booking.com saya dah dpt level genius dan dpt good discount to some of the rooms temasuk EQ Melaka.
So sebelum ke sana dlm 2 minggu lagi kita usha2 dulu la
Rizal
Tuesday, January 5, 2016
MANSION ONE , PENANG
Kami bercuti balik kampong end of 2015. Dah alang balik dan kebetulan mak saya masuk hospital kat penang kami decide untuk stay semalam kat penang sambil ambik sedikit kesempatan untuk jalan2 penang.
We decided to go for an apartment instead of the usual budget hotel . Browsing booking.com saya ternampak satu apartment kat gurney street yang baru dan decided to have a go. Nak jadikan cerita murah rezeki the owner Moses (teringat kat kawan lama saya di Esso dulu Moses teo) bagitau yang kawan dia ada satu apartment kat situ yg lebih besar untuk disewa ...dan yg paling best kami akan jadi first tenant (utk semalam la)
Komen saya , satu contoh owner yg serius nak jadikan property dia satu homestay yang akan generate good money, Location sangat baik ...dgn balkoni yang mengadap laut ...Nampak Millineum Tower antara kondo yg paling mahal kat Penang.
Sewa semalam RM 300 . Asalnya plan family saya ramai2 nak stay kat situ end up kami je yg stay so terasa sangat luas dan best.'
Rizal
Monday, January 4, 2016
SELAMAT DATANG 2016
Rasa macam sekejap je berlalu 2015 , banyak jugak yang dpt saya capai tahun 2015 ...most of them lebih kepada aktiviti family . So untuk tahun 2016 the followings are some of the plan items :
1) Jalan2 family
* Melaka
* KL (Asas Dinner)
* Sekinchan (nak cuba eksotik food)
* JB (LEGOLAND)
2) Jadi hamba yang lebih baik (banyakkan lagi ke majlis2 ilmu)
3) Cuba berdakwah secara kecil-kecilan melalui FACEBOOK
4) Kumpul duit untuk projek extend rumah tahun 2017 (nanti saya citer planning saya ni)
Itu aje ..nak banyakkan posting santai kat blog saya ni ...
RIZAL
Subscribe to:
Posts (Atom)