Sunday, February 28, 2016

MAKAN KETAM LEMBUT KAT SIMPANG PUNCAK ALAM - KUALA SELANGOR





Kebetulan atok dengan cik fatin je ada kat rumah ,kami pun ajak depa gi makan kat satu restoran seafood yang betul2 kat simpang puncak alam yg dekat seri coalfield tu. Mee celup memang terbaik dan tak sangka ada ketam kulit lembut ..mahal la jugak tapi sedapppppp




Monday, February 22, 2016

MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK ADIK IPAR DR SHAM






Sahabat saya Dr Hishamuddin (pakar bedah di HUKM) ada mintak carikan tahfiz untuk dia bagi sedekah dan nak mintak adik2 tahfiz sedekahkan doa buat adik ipar beliau yang sedang sakit akibat kanser darah (stage 4).


Alhamdulillah saya dpt bincang dengan sahabat2 di Tahfiz Sulaimiyah yang kebetulan sebelah rumah je untuk adakan doa selamat tersebut. Memang tiap Sabtu malam Ahad akan diadakan majlis khataman dan doa selamat.


Alias Kassim pun dapat join dan lepas majlis saya bawak depa makan di Restoran Mee Udang Banjir di Klang Central.




RIZAL

Monday, February 15, 2016

RESTORAN AARON AZIZ (SETIA ALAM)








Dah lama plan nak ke sini tapi baru sekarang ada kesempatan. Restoran Kidz and Crème ni rupanya yang asal dah tutup dan di buka balik di bangunan bertentangan. Tingkat 2 di atas Zawarra Coffee Setia Alam.


Makanan memang sedap dan adanya Uncle Halik (bapa mertua Aaron Aziz ) sangat membantu dengan keramahan beliau. Sesuai untuk santai bersama keluarga sebab café ni mesra kanak2. Ada jugak butik isteri Aaaron dalam café tu.


Akan repeat balik dan nak cuba pulak Soft Shell Crab Burger ...perghhhh sedapnya




RIZAL

MUZIUM 3D ART DI CENTRAL MARKET










Takde dalam planning pun mende ni. Tapi minggu lepas masa kami ke KL sebab saya nak join dinner Alunmi Sekolah, kami tidor di Hotel Pcific Express betul2 sebelah Central Market.


Petang tu ambik kesempatan untuk jalan2 sekitar CM dan tak sangka pulak ada Muzium ni. Kami pernah cuba nak masuk yang kat Port Dickson tapi org punye la ramai.


So sempena org tak ramai sangat kat sini (mungkin ramai yg masih cuti panjang) kami pun masuk la. Jumlah tiket untuk 4 org (wafi percuma sebab bawah 8 tahun) dalam RM 60 .


Sangat best dan terbaik




RIZAL

Wednesday, February 10, 2016

MAKANAN KEMBOJA DI MERBAU SEMPAK












Satu pagi tu sahabat saya Azrul Faizi ajak cari makan kemboja kat Merbau Sempak (Paya Jaras) . Hmmm menarik jugak tu , saya terus ke rumah dia dan kami ke Merbau Sempak dgn HRV yg baru dia beli (banyak duit brader ni)


Tempat agak tersorok dan agak kampong yang sgt tak tersusun , tapi food scene dia mmg terbaik. Rasa macam melancong kat kemboja. Memang tak pernah makan makanan yang macam ni dan yang pasti HALAL sebab depa ni muslim.


Best ...


Rizal




KENDURI KAWIN DI KL TOWER









Dah lama tak ke KL Tower. Alhamdulillah kebetulan ada rakan se ofis kahwin kat KL Tower dapat la bawak family saya ke sana. Kalau nak pegi sendiri mungkin tinggi kosnye ...nak naik observation deck pun sorang dalam rm 30 lebih , apa lagi kalau nak makan kat restoran berputar ..Kawan saya ni kawin dengan pilot TUDM , so adalah adat istiadat TUDM kat situ ..jalan bawah pedang .


Bila pegi kenduri ni kira 2 dlm satu la , makan dan dpt lihat view atas KL tower dan yg paling best tak payah bayar (tq Anis). Seronok betul anak2 bila dpt jalan2 ke KL Tower ni .

Rizal








Thursday, February 4, 2016

TENGOK BOLA BERSAMA ABG IMI (PRE SEASON SELANGOR)























Saya dah ambil keputusan untuk lebih fokus kepada bola sepak tempatan bermula tahun 2016. Saya dan anak yang sulong adaah penyokong tegar pasukan Selangor aka Red Giant. Misi 33 dah berjaya di capai tahun 2015 so 2016 adalah untuk misi 34.


AFC mungkin tak akan menang tapi kami harap pasukan Selangor dapat bersaing dengan baik. Seronok tengok perkembangan bola tempatan dengan banyak team dah bersiap dengan baik sekali.


Tengok bola bersama anak sulung saya ni bagi peluang pada kami untuk dpt that quality time bersama. Kami dah mula pada perlawanan Selangor vs KL di Stadium Selayang. Terbaik game tu Selangor menang 2-0


Rizal

Monday, February 1, 2016

Kaunseling Kerjaya (OBW 2015)














Saya dan rakan2 batch SAS 8690 berjaya menyelesaikan tugasa untuk OBW pada tahun 2015. Antara yang paling saya suka ialah Kaunseling Kerjaya untuk adik2 pelajar tingkatan 4. Saya dpt kerjasama dari Idi Irwan, Amrul Nizar dan Doktor Hishamuddin untuk begi sedikit maklumat tentang cabang2 kerjaya yang adik2 ni boleh ceburi nanti


Sessi di bahagikan kepada 3 sector :


Amrul Nizar    (Kejuruteraan)
Idi Irwan          (Kewangan )
Hishamuddin   (Perubatan)


Saya dapat jugak tarik sahabat saya Azizi Adnan akan Chunk (pengarah drama/filem) untuk tutup sessi tersebut dengan perkongsian pengalaman dan kata2 nasihat.


Tahun 2016 OBW akan di uruskan oleh batch 8791. Semoga mereka juga dapat buat yang terbaik.


RIZAL (SAS 86-90)