Monday, June 13, 2016

AIR KUNANG-KUNANG






Resepi ni sangat simple dan sedap. Saya dapat dari sahabat baik saya Azhar Omar yang 'culik' resepi ni dari satu restoran di lembah kelang ni. Kali pertama cuba terus jatuh cinta dan dah jadi hidangan wajib kalau saya buat open house. Ada jugak few times masa sedara kawin disuruh untuk buat air ni bagi hidangan pengantin...


Resepi :


Buah Naga
Lima Nipis
Buah longan (dlm tin)
Gula
Ais
Air


Cara :


1) Buah naga di potong halus (2 biji)
2) Masuk kan dalam bekas
3) Masukkan buah longan dlm tin (1 tin)
4) Limau nipis diperah jusnye (5 biji)
5) Gula secukup rasa
6) Masukkan ais
7) Kalau nak ejas masukkan air sikit


Sedap tak !!!


RIZAL

1 comment:

Noor Aliza said...

nak tanya buah naga yg putih atau yg merah?